August 19th, 2009

Apakah Maksud Webhosting?

webhosting

“Apa itu webhosting?”. bagi mereka yang masih baru di dalam duniainternet, istilah “webhosting” agak mengelirukan. Dalam buku “Apa itu webhosting ” ditulis oleh Smartzul dari smartusaha.com menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai, apa itu webhosting.

Ada 3  perkara penting yang diterangkan dalam panduan tersebut iaitu:-

1)  Website (Rumah)

Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata,papan, paku, syiling dan sebagainya.

Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website,kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.

2)  Nama Domain (Alamat)

Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet.

Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM35 setahun hinggalah ke RM150 setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.

3)  Webhosting (Tapak Rumah)

Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website.Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan.

Download panduan Apa itu web hosting -smartusaha.com sekarang!

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan domain dan webhosting, saya syorkan NETKL. Saya tidak mempunyai banyak masalah dengan mereka. Support yang diberikan juga adalah yang terbaik. Respond kurang dari satu jam walaupun jam 2 pagi.


Sekiranya kos anda kurang, saya syorkan syarikat Mohd Suhaimy a.k.a shuth yang menawarkan domain& hosting mampu milik dengan bayaran yang fleksibel

SEMPOIHOSTING

Share/Bookmark

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

You can add images to your comment by clicking here.