Jutawan Yang Belum Anda Kenali
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahan minda anda untuk menjadi seorang usahawan. Di dalam bahagian ini anda akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakin bahawa diri anda mampu untuk menjadi usahawan yang bermula daripada rumah. Anda pasti terperanjat kerana akhirnya anda tahu dan yakin bahawa di dalam diri anda sendiri mempunyai kekuatan luarbiasa yang anda tidak pernah anda gunakan selama ini.
Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untuk mengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk menjadi usahawan daripada rumah. Anda akan mempelajari prinsip-prinsip, formula, teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda boleh merealisasikan idea projek anda menjadi realiti.
Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini untuk lebih mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang didedahkan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini dengan mengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untuk mendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuan motivasi diri.
Download Jutawan yang belum anda kenali – Muhammad Amin Al Farabi




Leave a Reply