August 16th, 2009

Paypal dan Perniagaan Internet

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

APAKAH ITU PAYPAL?

Paypal adalah merupakan salah satu merchant yang penting dalam perniagaan internet. Asalnya paypal ini ditubuhkan untuk kegunaan transaksi pembayaran bagi pembelian dan penjualan produk ebay. Tapi sekarang paypal digunakan untuk oleh ramai usahawan internet dan orang perseorangan untuk membuat transaksi wang di internet.Dengan adanya akaun paypal ini, kita boleh membeli dan menjual secara online, menghantar dan menerima wang di Internet.

Kenapa anda perlukan akaun paypal?

Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan internet atau ingin menghasilkan wang dari Internet, mempunyai akaun paypal adalah hampir 100% satu kemestian. Ini kerana kebanyakan transaksi di Internet seperti bayaran jualan dan komisyen menggunakan akaun paypal.

SYARAT – SYARAT MEMBUKA AKAUN PAYPAL

  • Anda mesti berada di Negara di mana Paypal di terima. Anda tak perlu bimbang kerana Malaysia merupakan salah satu Negara yang diterima oleh paypal.
  • Anda perlu memiliki kad kredit atau kad debit (Master atau VISA) untuk tujuan verifikasi. Manakala untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda, hanya kad  kredit atau kad debit yang mempunyai logo VISA sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan kad kredit atau kad debit VISA untuk tujuan verifikasi dan pengeluaran wang paypal contohnya “kad kredit VISA & MASTER Maybank, CIMB, CITIBANK,EON BANK, AMBANK” “kad debit VISA electron Public Bank, Allianz Bank, Tunemoney”

Untuk mengetahui maklumat lanjut  mengenai paypal sila download panduan percuma dibawah

  1. Panduanpaypal- oleh Mohd Zaki Bin Abu Bakar
  2. Panduan Paypal v2 – Mohd Zulfadli bin Suddin

Share/Bookmark

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

You can add images to your comment by clicking here.