Takut Buat Transaksi Online
Takut Buat urusniaga secara online
Zaman dah berubah, dunia dah maju. Apakhabar semua mereka yang sentiasa ingin mencari peluang perniagaan. Pada post kali ini saya ingin menulis tentang perbankan internet Saya amat kesian melihat rakan-rakan yang tidak mempercayai dan tidak yakin melakukan transaksi di internet samada untuk membayar bil jauh sekali untuk melakukan urusniaga di internet. Pandangan mereka belum lagi terbuka mengenai kemudahan online
Jika dilihat ramai lagi di kalangan kita suka membuang duit untuk membayar parking dan membazirkan wang untuk belanja minyak petrol semata -mata untuk membayar bil api,astro, kereta dan sebagainya. Tidak cukupdengan itu terpaksa pula beratur berjam-jam di bank. Dengan perbankan internet, kita boleh menjimatkan masa, kos dan tenaga. Kesemuanya boleh dilakukan dengan berberapa klik dari keselesaan bilik tidur anda. Sangat mudah dan menjimatkan
Takut gunakan perbankan internet kerana tidak selamat?
Nampaknya ramai lagi masyarakat kita masih lagi takut untuk menggunakan perbankan internet kerana beranggapan ia tidak selamat dan bahaya. Jika kita ke bank sekalipun bahayanya jauh lebih tinggi kerana kemungkinan anda dirompak Anda juga boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu didalam perjalanan ke bank. Bagi anda, yang manakah lebih selamat…bayar di bank atau hanya di rumah Yang manakah lebih menjimatkan masa, tenaga & wang anda, di bank atau di rumah anda? Saya pasti anda tahu jawapannya. Antara perbankan internet yang paling akti digunakan adalah Maybank2u dan Cimbclicks. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai panduan urusniaga online sila download panduan percuma dibawah
Panduan Urusniaga Online – WangCyber.com , RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com




Leave a Reply